...

...

Raya Terakhir Bersama Mak : ~Al fatihah buat mak yang jauh di sana~

Raya Terakhir Bersama Mak : ~Al fatihah buat mak yang jauh di sana~

Thursday, May 30, 2013

PROSEDUR NIKAH

Salam...berjumpe kembali :-)

Sambil2 menghadap internet ni, aku amik kesempatan search la pasal persediaan nikah.. So, kat sini aku update la serba sedikit info yang aku dapat dari beberapa blog and kawan2 aku. Di bawah ni checklist borang-borang penting untuk permohonan nikah.

NOTE : BAKAL PENGANTIN LELAKI DAN PEREMPUAN NEGERI YANG BERLAINAN

Lelaki (MELAKA)

Borang permohonan nikah (dapatkan di pejabat agama Melaka)- disertakan bersama borang nikah ni nanti, adalah senarai borang / salinan yang perlu dibawa bersama semasa penyerarahan borang permohonan nikah. Sila rujuk negeri masing-masing. Antara item yang perlu disertakan :-

  1.  Kad pengenalan (salinan)  - biasanya dibesarkan 150% pembesaran semasa fotostat. DONE
  2.  Sijil kursus kahwin (asal & salinan) – DONE
  3.  Keputusan HIV (asal & salinan) – DONE
  4.  Surat akuan bujang (asal & salinan) – DONE

Hantar semua borang asal/salinan ke pejabat agama Melaka untuk mendapatkan
SIJIL KEBENARAN NIKAH LUAR KAWASAN ( yg ni untuk bakal isteri berlainan negeri ye)
DONE

Perempuan (JOHOR)

  • Surat kebenaran nikah dari lelakiDONE
  • Borang permohonan nikah ( ambil dari pejabat agama SETELAH dapat surat kebenaran nikah dari pihak lelaki)DONE
  • Kad pengenalan (asal & salinan)DONE
  • Sijil kursus kahwin (asal & salinan) – DONE
  • Keputusan HIV (asal)DONE
  • Surat akuan bujang (asal & salinan) – (Jumpe ketua kampung/majikan)DONE 
  • Kad pengenalan wali (salinan)DONE 
  • Kad pengenalan 2 orang saksi (salinan)
  • Bagi anak sulung perempuan, sertakan sijil nikah ibubapa.DONE
 
Hantar semua borang asal/salinan ke pejabat agama untuk mendapatkan  
SURAT KEBENARAN NIKAH








No comments:

Post a Comment

Post a Comment