...

...

Raya Terakhir Bersama Mak : ~Al fatihah buat mak yang jauh di sana~

Raya Terakhir Bersama Mak : ~Al fatihah buat mak yang jauh di sana~

Wednesday, October 2, 2013

JODOH – Usah Mencari Yang “Terlalu SEMPURNA”


Jika kamu memancing ikan… Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu… Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga…setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang… Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya… Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh…cukuplah sekadar keperluanmu… Apabila sekali ia retak…tentu sukar untuk kamu menambalnya semula… Akhirnya ia dibuang… Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya… Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa… Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya… Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu… Mengenyangkan – Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan… KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya… Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU… Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan… KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain… Lalu kamu juga yang akan MENYESAL…!!

sumber : KisahWanita.com

Monday, August 19, 2013

Selesai Sudah Soal Permohonan Nikah + Interview Nikah

Syukur Alhamdulillah...selesai sudah urusan permohonan nikah kat pejabat agama. Lewat ckit selesai sebab banyak urusan lain dan kena tunggu borang kebenaran nikah dari pihak lelaki siap dulu.. Hari ni hari isnin, sepatutnya hari bekerja aku, tp terpaksa amik cuti balik kg untuk selesaikan urusan permohonan nikah. Sebelum raya ritu, da pegi da pejabat agama untuk amik borang nikah dan uruskan sume urusan, tp at last, bila da sampai pejabat agama, dorang ckp xde borang da sekarang, sume ONLINE... hm..ape la nasib, susah2 g pejabat agama untuk amik borang tp xde plak borangnye. Tp nasib bek la dorg ada bg borang utk ujian HIV, so xde la rasa membazir masa yang ada ni.. Lepas abis urusan di pjbt agama terus aku berkejaran ke klinik kerajaan utuk ujian HIV. nasib baik la dorg masih terima kehadiran aku walaupun sudah petang.. Al maklum la, setahu aku yang duduk di selangor ni, ujian HIV hanya dilakukan di sebelah pagi.. Selesai HIV test, maka selesai la 1 urusan aku..

Berbalik kepada urusan permohonan nikah.. Sekarang semua urusan nikah dilakukan secara online..eNCR. So, bg sesiapa yang nk mohon nikah johor, bole la terus ke laman sesawang td yer...tp data-data permohonan hanya valid 30hari dari tarikh permohonan yer. Setelah selesai isi semua maklumat, kena la print and cari saksi borang ye.. Da dapat sume salinan fotostat yang diperlukan beserta tandatangan saksi, bole la dibawa borang2 print tersebut bersama2 salinan fotostat, keputusan HIV dan sijil kursus kahwin ke pejabat agama untuk pengesahan.. Untuk pengesahan borang, perlu bayar RM25 ye [ segamat ], kalau tempat lain xsama harga rasanya.. Dorang akan pulang kat kita 1 file untuk diserahkan kepada jurunikah tempat nikah. Selesai suda permohonan nikah..tunggu tarikh nikah je sekarang :-)

Untuk soalan interview, rasanya johor sume ade interview, negeri lain plak xpasti.. Time aku g pejabat agama tu, ramai la sgt org ada urusan yg sama, jadi dorang skip interview aku hehe.. Yang lelaki je rasanya yg perlu interview, yg gurl semua skip interview,sbb da terlalu ramai org + da hampir jam 12 tengahari.. Soalan yang sepatutnya aku perlu jawab adalah :-

  • Mengucap dua kalimah syahadah beserta maksud
  • Bacaan Al fatihah
  • Doa qunut 
  • Toharah
  • Munakahat
  • Tanggungjawab Suami/Isteri


Ok sekian..Wasalam~

Tuesday, July 2, 2013

Akasia : TEDUHAN KASIH Best Ooooo....

Salam semua..

Teduhan Kasih merupakan sebuah lagi drama bersiri yang diadaptasi dari novel cinta popular nukilan Marissa, terbitan Karyaseni. Slot akasia Teduhan Kasih baru je abis minggu ni..Aku rasa ramai yang mgikuti citer ni.. Mmg best la.. Watak kaklong dan mak dia yang menambahkan lagi keseronokkan menonton citer ni..watak ayu yang dipegang oleh nabila huda pun buat aku geram jerk..memang menjadi la dia berlakon..







SINOPSIS
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.
Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 
Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 
Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.
Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.
Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.
 

Sunday, June 30, 2013

DIY - BROWN PAPER / PAPERBAG DOORGIFT - [CHECKLIST] - [FINAL]

Salam

Hai uolls..agak lama da aku xupdate blog ni. Bz manjang.. ade masa free je asyik layan citer jer.. Baru-baru ni aku layan Teduhan Kasih TV3. Mmg layan abis la.. Best sgt citer tu.. Ditambah plak ngan watak kaklong and mak dia.. and Ayu yang gediksss tu... Macam nk cili je mulut dia tu.. geram tul... Opps apasal aku membebel kat cni plak hahahaha... Citer tu pun da abis, tp kalau sape2 yang xtgok lagi, bole la tgok di tonton yer :-)

Ok..proceed to motif utama.. Kat cni aku nk kongsi final result/looking for my paperbag.. Hmm..untuk paperbag ni, aku design sendiri TQ taq ber'size' business card..tp cartoon pada TQ tag ni dilukis oleh En Tunang :-) So, kat bawah ni aku tunjukkan lah TQ tag tu...
.
.
.
.
.
.
.
.

Maaf la coz gambar xberape clear.. H/p murah, gambar xclear huhu.. Total RM untuk size business card ni RM50, utk 1000pcs :-) Murah kan?hehe..
.
.
.
.
.
.
Lastly, ni la result paperbag aku setelah ditampal dgn TQ tag ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ok..setakat ni saje perkongsian aku..jumpe lagi.
Wasalam

Thursday, May 30, 2013

PROSEDUR NIKAH

Salam...berjumpe kembali :-)

Sambil2 menghadap internet ni, aku amik kesempatan search la pasal persediaan nikah.. So, kat sini aku update la serba sedikit info yang aku dapat dari beberapa blog and kawan2 aku. Di bawah ni checklist borang-borang penting untuk permohonan nikah.

NOTE : BAKAL PENGANTIN LELAKI DAN PEREMPUAN NEGERI YANG BERLAINAN

Lelaki (MELAKA)

Borang permohonan nikah (dapatkan di pejabat agama Melaka)- disertakan bersama borang nikah ni nanti, adalah senarai borang / salinan yang perlu dibawa bersama semasa penyerarahan borang permohonan nikah. Sila rujuk negeri masing-masing. Antara item yang perlu disertakan :-

  1.  Kad pengenalan (salinan)  - biasanya dibesarkan 150% pembesaran semasa fotostat. DONE
  2.  Sijil kursus kahwin (asal & salinan) – DONE
  3.  Keputusan HIV (asal & salinan) – DONE
  4.  Surat akuan bujang (asal & salinan) – DONE

Hantar semua borang asal/salinan ke pejabat agama Melaka untuk mendapatkan
SIJIL KEBENARAN NIKAH LUAR KAWASAN ( yg ni untuk bakal isteri berlainan negeri ye)
DONE

Perempuan (JOHOR)

  • Surat kebenaran nikah dari lelakiDONE
  • Borang permohonan nikah ( ambil dari pejabat agama SETELAH dapat surat kebenaran nikah dari pihak lelaki)DONE
  • Kad pengenalan (asal & salinan)DONE
  • Sijil kursus kahwin (asal & salinan) – DONE
  • Keputusan HIV (asal)DONE
  • Surat akuan bujang (asal & salinan) – (Jumpe ketua kampung/majikan)DONE 
  • Kad pengenalan wali (salinan)DONE 
  • Kad pengenalan 2 orang saksi (salinan)
  • Bagi anak sulung perempuan, sertakan sijil nikah ibubapa.DONE
 
Hantar semua borang asal/salinan ke pejabat agama untuk mendapatkan  
SURAT KEBENARAN NIKAH








Friday, May 24, 2013

CHECKLIST PERKAHWINAN


Akhirnya dapat jugak aku update checklist aku kt blog aku ni..hehehe. 
Sebelum2 ni just update checklist kat excel jer..ter'rajin' plak ari ni nk update kat blog hehe.

Sebelum ni aku risau gila sbb kursus kawen xbuat lg, tp bulan lepas da g kursus..yeah!!
alhamdulillah lega. Selesai 1 perkara :-)
Item batalkan air sembahyang pun da beli..suke-suke :-)
Next nk selesaikan borang2 nikah dan buat kad kawen..ansur2 la..
OK..layan kan jela..checklist aku ni..


1. TARIKH/LOKASI/TEMA - PENDING
  • Nikah - date -  (segamat, johor) - tema CREAM
  • Resepsi - date - (segamat, johor) - tema OREN
  • Bertandang -date - (batu berendam, melaka) - tema LIGHT PURPLE

2. LEGAL DOCUMENT 
  • Kursus kahwin
  • Borang nikah
  • HIV test L
  • HIV test P 
  • Kadi & Saksi

3. PAKAIAN & AKSESORI

Nikah (SENDIRI)
  • Nikah Baju Nikah (L&P)
  • Tudung
  • Veil
  • Kasut L & P
  • Aksesori - ANDAM

Resepsi (ANDAMAN) - BOOKED - DEPOSIT DONE!!!
  • Pelamin
  • Baju resepsi (L&P)
  • Tudung
  • Veil
  • Kasut (L&P)
  • Aksesori

Bertandang - ANDAMAN (BOOKED -DONE CASH DEPOSIT)!!!
  • Pelamin
  • Baju Bertandang (L&P)
  • Tudung
  • Veil
  • Kasut L & P
  • Aksesori  

4. CATERER & CANOPY
  • Nikah - MASAK SENDIRI - CONSIDER DONE!!!
  • Resepsi -  MASAK SENDIRI - CONSIDER DONE!!!
  • Bertandang - CATERER

5. MAKE UP - ANDAMAN
  • Make up (nikah)
  • Make up (resepsi)
  • Make up (bertandang)

6. FOTOGRAFI
  • Nikah
  • Resepsi
  • Bertandang

7. BILIK PENGANTIN
  • Set perabot (Katil, almari, etc.)
  • Cadar
  • Langsir
  • Karpet 
  • Dekorasi      

8. KECANTIKAN
  • Inai 

9. DOORGIFT

Resepsi (Tetamu)
  1. Paper bag
  2. Dalam bag
(VIP)
  1. Paper bag
  2. Dalam bag

10. KAD/TQ Tag/BUNTING
  • Kad Kahwin (800 unit)      
  • Signage (2 UNIT)
  • TQ Tag

11. BARANG HANTARAN

 HANTARAN (Untuk P)
  1. Sireh Junjung CONSIDER DONE !!
  2. Telekung  
  3. Buah - buahan CONSIDER DONE !!
  4. Kek CONSIDER DONE !!
  5. Al-Quran
  6. Bunga Telur CONSIDER DONE !!
  7. Handbag
  8. Set Perfume
  9. Kasut

     ** Mas Kahwin + batal air sembahyang (Bawa masa akad nikah) 

HANTARAN (Untuk L)
  1. Sireh Junjung CONSIDER DONE !!
  2. Kain pelikat, sejadah, tasbih 
  3. Buah - buahan CONSIDER DONE !!
  4. Kek (Kak jija Sponsor)  CONSIDER DONE !!
  5. Buku ilmiah
  6. Bunga Telur- CONSIDER DONE !!
  7. Coklat CONSIDER DONE !!
  8. Set Perfume
  9. Kasut
  10. Kemeja
  11. Wallet & Belt

12. BUNGA-BUNGAAN     
  • Bunga pegang (Nikah) - termasuk pakej ANDAMAN!!
  • Bunga pegang (Resepsi) - termasuk pakej ANDAMAN!!
  • Bunga pegang ( Bertandang) - termasuk pakej ANDAMAN!!
  • Bunga Pahar - DIY bunga crepe paper   
  • Bunga Manggar

13. ENTERTAINMENT (Resepsi)
  • PA System
  • Kompang   
  


DIY : Hiasan Bilik Pengantin - [CHECKLIST] - [PART 2]

Salam all...
Weekend ni aku balik kampung sempena cuti Wesak Day. So, sepanjang di kampung, ni la masanya nk update blog aku yang da agak lama gak tergendala disebabkan kesibukan kerja. Hari ni nak update ckit checklist hiasan bilik pengantin. 


  1. Warna Tema - Oren + Cream , tp abah da cat bilik color putih. So OK la tu.  --DONE!!
  2. Perabot (Katil+Dressing Table) - Guna semula yg akak punya- save budget :-) Lgpun, xstay kat kampung, so xperlu membazir..balik kampung pun sebulan sekali jerk..  --DONE!!
  3. Cadar -- DONE!!
  4. Langsir -- DONE!!
  5. Backdrop / Tirai-- DONE!!
  6. Hiasan Backdrop -- DONE!!
  7. Hiasan Bunga -- DONE!!


Hiasan bilik ni aku wat simple jer..untuk jimat kos.. banyak lg kan perkara penting lain yang perlukan kos yg banyak..spt deposit sewa rumah..aduii. pening kepala pk soal duit ni...

untuk pilihan  hiasan bilik. Rasanya aku nk pilih hiasan mcm kat bawah ni. Simple but OK for me :-)



Tapi, aku xde la nk letak bunga2 besar tu, just hias sikit2 la nti.. nama pun nk jimat kan.

OK..setakat ni dulu perkongsian untuk kali.. jumpe lg..