...

...

Raya Terakhir Bersama Mak : ~Al fatihah buat mak yang jauh di sana~

Raya Terakhir Bersama Mak : ~Al fatihah buat mak yang jauh di sana~

Monday, April 29, 2013

ENJIN KERETA TAK BOLE START....ADUHH. [PART 1 ]

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni, seperti hari2 yang lain, aku akan bersiap-siap untuk pergi kerja.. 
TETAPI, hari ni agak malang bila enjin kereta aku xboleh nk start..apela nasib aku ni pagi2 kereta da buat hal. 
Nasib baik la tempat kerja dekat and kebetulan ofismate aku xg keje lagi, so bole la tumpang dia..Alhamdulillah.
 En Tunang pulak masa tu mesti da pegi keje, xnak la susahkan dia nk patah balik amik aku ni.. 

Aku sememangnya da agak enjin aku akan buat hal..sb hari2 sebelum tu mmg enjin kete aku ni kadang2 susah nk start, xsangka pulak enjin xleh start langsung time nk g keje..hm

Bila sampai je ofis, aku trus la search google pasal masalah enjin xleh start ni. Biasala manusia, bila da kena batang hidung sendiri, baru la nk tahu menahu info2 kete ni..
Untuk pengetahuan, kereta aku ni VIVA. Pada siapa yg kerete mcm aku ni, mesti perasan kan kat tempat bateri tu, ade palang besi yg halang kita dari isi/refill air bateri kat salah satu lubang air bateri..hm mungkin tu juga kot salah satu sebab. tp aku ni malas plak nk pk bukak je palang besi tu masa nk refill kan?hmm...malas.. Inilah akibatnya.

Ok.kat bawah ni aku share sedikit info. 

Kalu kereta tak boleh start (CHECK NIE DULU...BASIC CHECK):
  1. Minyak berkelip-kelip (tu tandanya bateri weak) sebagai sampingan check je..
  2. PLUG
  3. INGAT !! Kalu wat services aircond pun wat kete tak bleh start;
  4. Bal enjin (kalu tak penah kacau tak yah ator)

Kalu semua tu xda masalah, lebih-lebih lagi kete baru..... satu je puncanya iaitu BATERI !!! 
Caranya mudah je. Time korang start dia akan bunyik tik ! tik ! tik !.
Sebelum bawak gi pergi BENGKEL or JUMPER....cuba dulu langkah2 nie. 
InsyaAllah akan membantu. Cepat, Jimat & Mudah:-
  1. Carik spanar yang size 10. Bukak palang besi kat bateri viva & terminal hitam dan merah pada bateri;
  2. Keluarkan bateri LAMA dari kereta VIVA korang;
  3. Ambik duit 20 sen; bukak tempat isi air beteri; * check level air  dalam tu..mesti ada yang dah kering..Tak sumer...salah satu kering kompom wat masalah..Kalu sumer kering lagi la...
  4.  Isi air bateri kat dalam bateri korang; jangan sesekali buang air bateri tu dan isi air baru..just tambah je..
  5. Langkah nie paling penting. * ambik/pinjam bateri KANCIL/ Viva kengkawan ke..jiran ke bubuh dalam kete VIVA korang. Nie langkah paling cepat untuk hidupkan kereta.; pastu START...kompom hidup !!! Alhamdulillah..Blum selosai lagi...
  6. Dah kete korang boleh dihidupkan keluarkan semula bateri yang korang pinjam tu; (jangan risau takkan short circuit or enjin mati..)
  7. Letak semula bateri VIVA yang asal di tempatnya...biarkan seketika untuk dicas semula (bagi la dalam masa 5 minit or korang bawak kete pusing2 jap)
  8. Dah tu...wat parking reverse tunggu hari esok plak..(kalu xsempat g tukar bateri pada hari tu) * parking reverse supaya senang nak jumper plak k...
Kalu tak boleh JUMPER jugak camner???

Ok...ada 2 cara kita boleh buat:-
  1. Ulang semula langkah 1 - 6 sahaja. Enjin dah dapat dihidupkan & korang gerak ke bengkel berdekatan untuk tukar bateri;
  2. Beli bateri baru & takyah bawak kete ke bengkel. Balik & pasangkannya. 

Segala info di atas aku share sumber dari Maximum Sound. Sama2 la kongsi ilmu ni yer. 
Maklum la, aku ni perempuan, xberapa minat nk tahu bab-bab kete ni..tahu bawa jer...
.
.
.
.
SHARING IS CARING

Sekian :-)




 

Friday, April 26, 2013

Kursus Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..hari ni aku dapat bangun dari tidur lagi dalam keadaan yang sihat 
dan dipenuhi dengan nikmat  dari Allah s.w.t..
Terima kasih Ya Allah..
Hari ni ari jumaat, jadi lunch hour pun panjang la kalau nk dibandingkan dgn hari2 keje biasa. Kesempatan ni aku nk coret sedikit la pasal kursus kawen. 
Memandangkan aku bekerja di shah alam, jadi aku kena la menghadiri kursus kawen tu di shah alam, walaupun kampung aku di johor. Bukannya ape, memudahkan urusan jer.

Kursus ni dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor..dengan bayaran RM80 setiap orang. 
Aku pergi bersama2 en tunang pada 20 and 21 April ari tu.. 
Seramai lebih 100++ peserta menghadiri kursus ini dan kebanyakkannya adalah pelajar UiTM.
Alhamdulillah selesai sudah kursus perkahwinan yang berlangsung sepanjang dua hari sabtu dan ahad..Terasa lega sikit hati ni bila dah selesai kursus, banyak info yang dapat sepanjang menghadiri kursus perkahwinan dan menambah kan lagi ilmu pengetahuan dalam melayari bahtera alam berumah tangga gitu cewah ! hehe

Buku & brosur yg aku dapat untuk kursus ni..

Antara perkara yg dibicarakan dalam slot ini :

Prosedur Perkahwinan
Pengurusan sumber keluarga, kewangan,dan masa
Pengurusan stress dan konflik
Ibadah ,Akhlak, Akidah
Perkhidmatan Kaunseling
Komunikasi suami isteri.
Hubungan dalam keluarga
Pembubaran Perkahwinan
Pengurusan kesihatan.

Bg aku sume slot / part tu penting. Lagi2 la slot pembubaran perkahwinan, walaupun pun sesi agak serius, tp ia penting. Ye la kan, kita dtg utk ke alam perkahwinan, tp diselitkan bab cerai talak takliq..mestila muka sume STRESS huhu.. kata2 yg dikeluarkan masa alam perkahwinan perlu dijaga, terutamanya bg si suami..

Slot kesihatan pun ade diselitkan pasal melahirkan anak. Wah..mmg ngeri sikit la slot ni. Dorg tunjuk process kelahiran..aduhh..siap tunjuk gunting, pisau bedah bagai..~Sila tutup mata anda bg yg xleh tgok yer huhu..

Hmm..slot yg paling kecoh plak komunikasi suami isteri dan hubungan keluarga. Entahlah..budak-budak lelaki yang duk belakang gelak kuat-kuat bila ada ustaz share ilmu..hehe ~ aku pun gelak jugak.aihhh! kadang tuh,ada jugak malu..hahaha! Xpela..masing2 dtg kursus ni pun nk menimba ilmu berumah tangga kan, ape salahnya berkongsi ilmu ngan ustaz ustzah yg ceramah tu..


Da dpt sijil :-)

 okeylah,itu sahaja yang dapat aku kongsikan buat masa ini.
sekian.=)







Thursday, April 25, 2013

Info Hari ini : [Ovarian Cyst Ketika Hamil ]


Sambil2 makan lunch hour td, officemate aku ade tnya pasal ovarian cyst ni. 
Dia kata, sorg kawan kami ade cyst ni kat rahim dia..
 Aku pun first time dgr pasal cyst ni.. mmg xpenah tahu menahu sebelum ni.. 
Aku xpasti sama ada cyst ni ketumbuhan / kanser pada rahim. Sbb ade sumber kata berbentuk cecair.
Ovarian cyst yg kecil (kurang 5cm) dianggap tidak merbahaya, 
tp jika cyst yg besar melebihi 5cm dianggap merbahaya . 
Jika cyst ini pecah/berdarah/berpintal ia akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius masa hamil.. Selain xselesa pada abdomen, ovarian cyst yg besar akan memberi tekanan fizikal pada pundi kencing dan rahim, seterusnya menyebabkan kelahiran pramatang atau keguguran.

Hmm..macam2 lg la risiko cyst ni..
So berhati-hatila para wanita di luar sana. 
Sila lakukan pemeriksaan dan mendapatkan khidmat pakar.

Wednesday, April 17, 2013

DIY : Hiasan Bilik Pengantin - [CHECKLIST] - [PART 1]

Hari ni nak update ckit checklist hiasan bilik pengantin. Rasa macam rajin plak nk hias bilik sendiri. So everything kena la pk dari awal..
  1. Warna Tema - Oren + Cream , tp abah da cat bilik color putih. So OK la tu.  --DONE!!
  2. Perabot (Katil+Dressing Table) - Guna semula yg akak punya- save budget :-) Lgpun, xstay kat kampung, so xperlu membazir..balik kampung pun sebulan sekali jerk..  --DONE!!
  3. Cadar -- DONE!!
  4. Langsir -- rasanya macam nk beli yg da siap jerk. --SURVEY!!
  5. Backdrop / Tirai -- SURVEY!!
  6. Hiasan Backdrop -- NOT DONE
  7. Hiasan Bunga -- NOT DONE

Monday, April 15, 2013

Ideas : Hiasan Bilik Pengantin

http://butikfeeza.blogspot.com/p/koleksi-hiasan-bilik.html
http://butikfeeza.blogspot.com/p/koleksi-hiasan-bilik.html

http://butikfeeza.blogspot.com/p/koleksi-hiasan-bilik.html
http://menjaringimpian.blogspot.com/2012/11/review-diy-bilik-pengantin.html
http://lovefida.blogspot.com/2012/08/diy-hiasan-bilik-pengantin.html

Friday, April 5, 2013

DIY - Bunga Corsage / Rozek / Penanggah - [CHECKLIST] - [DONE]

Akhirnya 2nd last deco yg aku kena wat untuk bunga corsage aku adalah tampal bunga reben kecik..hmm klo xnak letak pun xpe, tp masa g kedai DIY ritu, rasa macam murah plak bunga kecik2 ni...100pcs = RM5. Tersangat la murah kan hehe.. Bentuk bunga reben kecik2 tu mcm kat bawah ni 



Mula2 ingat nk letak mcm kat gambar bawah ni, tp budget lari byk la pulak. 
10pcs bunga triple color bawah ni = RM3.80. klo untuk 100pcs = RM38. 
Byk gak budget lari klo nk ikutkan aku yg jenis  berkira bab2 duit ni hehe.. 
[Al maklum la, duit susah nk cari skrg, gaji pun seciput je balance lepas bayar sewa umah n duit kete, makan minum bagai...]..Aduhh..



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah result akhir sebelum letak duit kat bunga rozek ni





Amacam..ok x?hehe.. Bole la kan..nak pakai sekali je masa majlis..
 Total kos 1 pcs = RM0.49. Murah x??? tp aku dapat wat 127 bunga rozek.. lebih ckit, kot2 la saudara2 aku yg gediks nk pakai jugak haha..



sekian