...

...

Raya Terakhir Bersama Mak : ~Al fatihah buat mak yang jauh di sana~

Raya Terakhir Bersama Mak : ~Al fatihah buat mak yang jauh di sana~

Monday, November 7, 2011

Hari Raya Aidiladha 2011

Assalamualaikum...
   Selamat hari raya diucapkan pada semua umat islam. Raya jatuh pada ari ahad, so ak da minta cuti balik raya stat jumaat lg..bukan sebab excited nk beraya, tp nk berehat dr bekerja. Raya haji xbest pun, mungkin lebih meriah bg orang utara dan timur. Bg kami org selatan, mcm balik bercuti jer kot hehe.. Raya tahun ni aku masak rendang daging 2 kilo..penat sehh. Akak aku plak masak ayam masak merah dan sambal kacang.. Ketupat plak kitorg beli yg express jer ~(malas nk anyam ketupat hehe..)
   Raya tahun ni, hanya kami 3 beradik jer ader kat umah ngan mak abah. Kaklong sekeluarga beraya di rumah mertua sbb xdpt cuti, adik plak jauh nun diperantauan(UK). Kami xg mana2 pun raya tahun ni, dok umah jer. Paklong sekuarga dtg umah kami ngan cucu2 nya yg mmg dikenali ngan kerenah nakal dorg tu...~(klo korg tahu kelincahan dorg tu, mmg xlarat nk layan la, nakal ~ lumrah la kan budak2 nakal  hehe). Selain tu Mak uji n Makngah bab dtg umah ngan anak2 dorg, mcm biasa setiap tahun...~(tetamu wajib dtg hehe)
   Hari ni plak..adik aku ni nk balik U. tp tiket plak abis... ape lagi, kena la anta dia trus ke U. nasib baik dekat jer UTM tu. Mulanya ak jer nk anta, tp last minute abah n mak nk ikut. Kecian abah kena drive..ak ni nk tlg drive, tp xmampu huhu~(xreti drive kete manual). Yg adik aku ni plak nk drive, tp dua kali percubaan nk drive, 2-2 xberjaya...~(enjin mati tgah jalan hehe..) Kira2 jam 2 lebih kami bertolak dri rumah, sampai UTM lebih kurg 5 lebih sbb jalan sesak.. nden bertolak semula ke rumah sbb ari da nk malam, tibe umah dlm kul 9 mlm. Penat sgt, tp abah la lg penat sbb drive jauh...
   Esok selasa, turn ak plak la nk balik shah alam, minta2 la dipermudahkan la perjalanan balik esok..~(aminnnn). Ok la, penat ni..nk rest sementara tgu adik skype dri jauh ni...ok salam.
   

Thursday, September 1, 2011

Cinta Sejati Kekal Abadi

Hawa,

Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah...

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau jodohmu,
ingatlah Hawa janji Tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu...

Hawa,

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah...
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah...
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga...
Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggoncang iman lelaki...


P/S : Ingatlah wahai sahabatku dan juga diriku...bukan cinta insani yang perlu...didamba...sebaliknya...cinta Ilahi lah penyuluh hidupmu...

Cintakan bunga layu, hancur dan musnah...
Cintakan manusia, manusia akan mati...
Cintakan Tuhan kekal buat selama-lamanya!!
Ingat tu!!