...

...

Raya Terakhir Bersama Mak : ~Al fatihah buat mak yang jauh di sana~

Raya Terakhir Bersama Mak : ~Al fatihah buat mak yang jauh di sana~

Wednesday, October 2, 2013

JODOH – Usah Mencari Yang “Terlalu SEMPURNA”


Jika kamu memancing ikan… Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu… Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga…setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang… Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya… Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh…cukuplah sekadar keperluanmu… Apabila sekali ia retak…tentu sukar untuk kamu menambalnya semula… Akhirnya ia dibuang… Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya… Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa… Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya… Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu… Mengenyangkan – Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan… KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya… Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU… Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan… KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain… Lalu kamu juga yang akan MENYESAL…!!

sumber : KisahWanita.com

Monday, August 19, 2013

Selesai Sudah Soal Permohonan Nikah + Interview Nikah

Syukur Alhamdulillah...selesai sudah urusan permohonan nikah kat pejabat agama. Lewat ckit selesai sebab banyak urusan lain dan kena tunggu borang kebenaran nikah dari pihak lelaki siap dulu.. Hari ni hari isnin, sepatutnya hari bekerja aku, tp terpaksa amik cuti balik kg untuk selesaikan urusan permohonan nikah. Sebelum raya ritu, da pegi da pejabat agama untuk amik borang nikah dan uruskan sume urusan, tp at last, bila da sampai pejabat agama, dorang ckp xde borang da sekarang, sume ONLINE... hm..ape la nasib, susah2 g pejabat agama untuk amik borang tp xde plak borangnye. Tp nasib bek la dorg ada bg borang utk ujian HIV, so xde la rasa membazir masa yang ada ni.. Lepas abis urusan di pjbt agama terus aku berkejaran ke klinik kerajaan utuk ujian HIV. nasib baik la dorg masih terima kehadiran aku walaupun sudah petang.. Al maklum la, setahu aku yang duduk di selangor ni, ujian HIV hanya dilakukan di sebelah pagi.. Selesai HIV test, maka selesai la 1 urusan aku..

Berbalik kepada urusan permohonan nikah.. Sekarang semua urusan nikah dilakukan secara online..eNCR. So, bg sesiapa yang nk mohon nikah johor, bole la terus ke laman sesawang td yer...tp data-data permohonan hanya valid 30hari dari tarikh permohonan yer. Setelah selesai isi semua maklumat, kena la print and cari saksi borang ye.. Da dapat sume salinan fotostat yang diperlukan beserta tandatangan saksi, bole la dibawa borang2 print tersebut bersama2 salinan fotostat, keputusan HIV dan sijil kursus kahwin ke pejabat agama untuk pengesahan.. Untuk pengesahan borang, perlu bayar RM25 ye [ segamat ], kalau tempat lain xsama harga rasanya.. Dorang akan pulang kat kita 1 file untuk diserahkan kepada jurunikah tempat nikah. Selesai suda permohonan nikah..tunggu tarikh nikah je sekarang :-)

Untuk soalan interview, rasanya johor sume ade interview, negeri lain plak xpasti.. Time aku g pejabat agama tu, ramai la sgt org ada urusan yg sama, jadi dorang skip interview aku hehe.. Yang lelaki je rasanya yg perlu interview, yg gurl semua skip interview,sbb da terlalu ramai org + da hampir jam 12 tengahari.. Soalan yang sepatutnya aku perlu jawab adalah :-

  • Mengucap dua kalimah syahadah beserta maksud
  • Bacaan Al fatihah
  • Doa qunut 
  • Toharah
  • Munakahat
  • Tanggungjawab Suami/Isteri


Ok sekian..Wasalam~

Tuesday, July 2, 2013

Akasia : TEDUHAN KASIH Best Ooooo....

Salam semua..

Teduhan Kasih merupakan sebuah lagi drama bersiri yang diadaptasi dari novel cinta popular nukilan Marissa, terbitan Karyaseni. Slot akasia Teduhan Kasih baru je abis minggu ni..Aku rasa ramai yang mgikuti citer ni.. Mmg best la.. Watak kaklong dan mak dia yang menambahkan lagi keseronokkan menonton citer ni..watak ayu yang dipegang oleh nabila huda pun buat aku geram jerk..memang menjadi la dia berlakon..







SINOPSIS
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.
Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 
Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 
Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.
Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.
Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.
 

Sunday, June 30, 2013

DIY - BROWN PAPER / PAPERBAG DOORGIFT - [CHECKLIST] - [FINAL]

Salam

Hai uolls..agak lama da aku xupdate blog ni. Bz manjang.. ade masa free je asyik layan citer jer.. Baru-baru ni aku layan Teduhan Kasih TV3. Mmg layan abis la.. Best sgt citer tu.. Ditambah plak ngan watak kaklong and mak dia.. and Ayu yang gediksss tu... Macam nk cili je mulut dia tu.. geram tul... Opps apasal aku membebel kat cni plak hahahaha... Citer tu pun da abis, tp kalau sape2 yang xtgok lagi, bole la tgok di tonton yer :-)

Ok..proceed to motif utama.. Kat cni aku nk kongsi final result/looking for my paperbag.. Hmm..untuk paperbag ni, aku design sendiri TQ taq ber'size' business card..tp cartoon pada TQ tag ni dilukis oleh En Tunang :-) So, kat bawah ni aku tunjukkan lah TQ tag tu...
.
.
.
.
.
.
.
.

Maaf la coz gambar xberape clear.. H/p murah, gambar xclear huhu.. Total RM untuk size business card ni RM50, utk 1000pcs :-) Murah kan?hehe..
.
.
.
.
.
.
Lastly, ni la result paperbag aku setelah ditampal dgn TQ tag ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ok..setakat ni saje perkongsian aku..jumpe lagi.
Wasalam

Thursday, May 30, 2013

PROSEDUR NIKAH

Salam...berjumpe kembali :-)

Sambil2 menghadap internet ni, aku amik kesempatan search la pasal persediaan nikah.. So, kat sini aku update la serba sedikit info yang aku dapat dari beberapa blog and kawan2 aku. Di bawah ni checklist borang-borang penting untuk permohonan nikah.

NOTE : BAKAL PENGANTIN LELAKI DAN PEREMPUAN NEGERI YANG BERLAINAN

Lelaki (MELAKA)

Borang permohonan nikah (dapatkan di pejabat agama Melaka)- disertakan bersama borang nikah ni nanti, adalah senarai borang / salinan yang perlu dibawa bersama semasa penyerarahan borang permohonan nikah. Sila rujuk negeri masing-masing. Antara item yang perlu disertakan :-

  1.  Kad pengenalan (salinan)  - biasanya dibesarkan 150% pembesaran semasa fotostat. DONE
  2.  Sijil kursus kahwin (asal & salinan) – DONE
  3.  Keputusan HIV (asal & salinan) – DONE
  4.  Surat akuan bujang (asal & salinan) – DONE

Hantar semua borang asal/salinan ke pejabat agama Melaka untuk mendapatkan
SIJIL KEBENARAN NIKAH LUAR KAWASAN ( yg ni untuk bakal isteri berlainan negeri ye)
DONE

Perempuan (JOHOR)

  • Surat kebenaran nikah dari lelakiDONE
  • Borang permohonan nikah ( ambil dari pejabat agama SETELAH dapat surat kebenaran nikah dari pihak lelaki)DONE
  • Kad pengenalan (asal & salinan)DONE
  • Sijil kursus kahwin (asal & salinan) – DONE
  • Keputusan HIV (asal)DONE
  • Surat akuan bujang (asal & salinan) – (Jumpe ketua kampung/majikan)DONE 
  • Kad pengenalan wali (salinan)DONE 
  • Kad pengenalan 2 orang saksi (salinan)
  • Bagi anak sulung perempuan, sertakan sijil nikah ibubapa.DONE
 
Hantar semua borang asal/salinan ke pejabat agama untuk mendapatkan  
SURAT KEBENARAN NIKAH








Friday, May 24, 2013

CHECKLIST PERKAHWINAN


Akhirnya dapat jugak aku update checklist aku kt blog aku ni..hehehe. 
Sebelum2 ni just update checklist kat excel jer..ter'rajin' plak ari ni nk update kat blog hehe.

Sebelum ni aku risau gila sbb kursus kawen xbuat lg, tp bulan lepas da g kursus..yeah!!
alhamdulillah lega. Selesai 1 perkara :-)
Item batalkan air sembahyang pun da beli..suke-suke :-)
Next nk selesaikan borang2 nikah dan buat kad kawen..ansur2 la..
OK..layan kan jela..checklist aku ni..


1. TARIKH/LOKASI/TEMA - PENDING
  • Nikah - date -  (segamat, johor) - tema CREAM
  • Resepsi - date - (segamat, johor) - tema OREN
  • Bertandang -date - (batu berendam, melaka) - tema LIGHT PURPLE

2. LEGAL DOCUMENT 
  • Kursus kahwin
  • Borang nikah
  • HIV test L
  • HIV test P 
  • Kadi & Saksi

3. PAKAIAN & AKSESORI

Nikah (SENDIRI)
  • Nikah Baju Nikah (L&P)
  • Tudung
  • Veil
  • Kasut L & P
  • Aksesori - ANDAM

Resepsi (ANDAMAN) - BOOKED - DEPOSIT DONE!!!
  • Pelamin
  • Baju resepsi (L&P)
  • Tudung
  • Veil
  • Kasut (L&P)
  • Aksesori

Bertandang - ANDAMAN (BOOKED -DONE CASH DEPOSIT)!!!
  • Pelamin
  • Baju Bertandang (L&P)
  • Tudung
  • Veil
  • Kasut L & P
  • Aksesori  

4. CATERER & CANOPY
  • Nikah - MASAK SENDIRI - CONSIDER DONE!!!
  • Resepsi -  MASAK SENDIRI - CONSIDER DONE!!!
  • Bertandang - CATERER

5. MAKE UP - ANDAMAN
  • Make up (nikah)
  • Make up (resepsi)
  • Make up (bertandang)

6. FOTOGRAFI
  • Nikah
  • Resepsi
  • Bertandang

7. BILIK PENGANTIN
  • Set perabot (Katil, almari, etc.)
  • Cadar
  • Langsir
  • Karpet 
  • Dekorasi      

8. KECANTIKAN
  • Inai 

9. DOORGIFT

Resepsi (Tetamu)
  1. Paper bag
  2. Dalam bag
(VIP)
  1. Paper bag
  2. Dalam bag

10. KAD/TQ Tag/BUNTING
  • Kad Kahwin (800 unit)      
  • Signage (2 UNIT)
  • TQ Tag

11. BARANG HANTARAN

 HANTARAN (Untuk P)
  1. Sireh Junjung CONSIDER DONE !!
  2. Telekung  
  3. Buah - buahan CONSIDER DONE !!
  4. Kek CONSIDER DONE !!
  5. Al-Quran
  6. Bunga Telur CONSIDER DONE !!
  7. Handbag
  8. Set Perfume
  9. Kasut

     ** Mas Kahwin + batal air sembahyang (Bawa masa akad nikah) 

HANTARAN (Untuk L)
  1. Sireh Junjung CONSIDER DONE !!
  2. Kain pelikat, sejadah, tasbih 
  3. Buah - buahan CONSIDER DONE !!
  4. Kek (Kak jija Sponsor)  CONSIDER DONE !!
  5. Buku ilmiah
  6. Bunga Telur- CONSIDER DONE !!
  7. Coklat CONSIDER DONE !!
  8. Set Perfume
  9. Kasut
  10. Kemeja
  11. Wallet & Belt

12. BUNGA-BUNGAAN     
  • Bunga pegang (Nikah) - termasuk pakej ANDAMAN!!
  • Bunga pegang (Resepsi) - termasuk pakej ANDAMAN!!
  • Bunga pegang ( Bertandang) - termasuk pakej ANDAMAN!!
  • Bunga Pahar - DIY bunga crepe paper   
  • Bunga Manggar

13. ENTERTAINMENT (Resepsi)
  • PA System
  • Kompang   
  


DIY : Hiasan Bilik Pengantin - [CHECKLIST] - [PART 2]

Salam all...
Weekend ni aku balik kampung sempena cuti Wesak Day. So, sepanjang di kampung, ni la masanya nk update blog aku yang da agak lama gak tergendala disebabkan kesibukan kerja. Hari ni nak update ckit checklist hiasan bilik pengantin. 


  1. Warna Tema - Oren + Cream , tp abah da cat bilik color putih. So OK la tu.  --DONE!!
  2. Perabot (Katil+Dressing Table) - Guna semula yg akak punya- save budget :-) Lgpun, xstay kat kampung, so xperlu membazir..balik kampung pun sebulan sekali jerk..  --DONE!!
  3. Cadar -- DONE!!
  4. Langsir -- DONE!!
  5. Backdrop / Tirai-- DONE!!
  6. Hiasan Backdrop -- DONE!!
  7. Hiasan Bunga -- DONE!!


Hiasan bilik ni aku wat simple jer..untuk jimat kos.. banyak lg kan perkara penting lain yang perlukan kos yg banyak..spt deposit sewa rumah..aduii. pening kepala pk soal duit ni...

untuk pilihan  hiasan bilik. Rasanya aku nk pilih hiasan mcm kat bawah ni. Simple but OK for me :-)



Tapi, aku xde la nk letak bunga2 besar tu, just hias sikit2 la nti.. nama pun nk jimat kan.

OK..setakat ni dulu perkongsian untuk kali.. jumpe lg..




Wednesday, May 1, 2013

ENJIN KERETA TAK BOLE START....ADUHH...[PART 2]

Hari ini merupakan hari rehat bg semua buruh / pekerja. Tp ade juga la yg still kena g keje jugak kan. Macam doktor, org keje kat pasaraya, pemandu bus ktm sume.. Kalau sume cuti, abis laaaa..hehe

Tak terkecuali juga aku, of cos la cuti kan.. 
Hm..tp sedih la, sepatutnya aku da balik kampung ari ni, tp kete buat hal..terpaksa la tangguh dulu. 
So, hari ni keje aku adalah mencari kedai / bengkel kereta yg buka, memandang kan ari ni OFF KEJE, banyak la kedai yg tutup... Nasib baik la ade kedai buka.. 
Kedai ni kat seksyen 7 Shah Alam, area pusat komersial.. Tauke dia cina..biasala kan org cina ni kan suke cari untung time sume org cuti.. 

Mulanya aku ingat nk beli bateri basah means yg kena check / refill air selalu tu.. 
Tp xder jual plak kat kedai tu.. jadi, beli la yg ade je kat situ - bateri kering/free maintenance.. 
Tauke cina tu siap perli aku lg, dia kata "perempuan ni better guna bateri kering, sbb malas nk cek air bateri". Kureng asam tul..huh. Aku rajin OK cek air bateri ni..tp masalahnye bateri aku ni, ade 1 lubang dari 6 lubang kotak bateri tu aku xleh refill. sebab ade palang besi yg menghalang...itula puncanya bateri aku weak..hm

Bagus la tauke cina ni, dia bole pegi kat kete kita - rumah/mana2 kete kita parking, tanpa perlu kita anta kete tu kat kedai dia.. Betul la kan, da sah-sah kete tu xleh gerak.. Kalau dia xde perkhidmatan mcm tu, teruk la ckit aku nti, nk kena susahkan kwn En Tunang untuk jumper kete aku tu pulak.. Time cuti org nk rest, aku pulak nk menyusahkan kwn dia..xpatut la kan [ kalau terpaksa kena juga la kan minta tolong huhu ].

OK..nak tahu tak bape harga bateri kete tu? Bateri + perkhidmatan pasang = RM185. En tunang kata, murah.. sbb dia da survey kat kedai lain agak mahal.. Ni contoh gambar bateri tu... rasanya bole dpt murah lg kot, tp xder choice lain, kedai byk tutup.. Xpe, yg penting aku bole balik kampung :-)








Monday, April 29, 2013

ENJIN KERETA TAK BOLE START....ADUHH. [PART 1 ]

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni, seperti hari2 yang lain, aku akan bersiap-siap untuk pergi kerja.. 
TETAPI, hari ni agak malang bila enjin kereta aku xboleh nk start..apela nasib aku ni pagi2 kereta da buat hal. 
Nasib baik la tempat kerja dekat and kebetulan ofismate aku xg keje lagi, so bole la tumpang dia..Alhamdulillah.
 En Tunang pulak masa tu mesti da pegi keje, xnak la susahkan dia nk patah balik amik aku ni.. 

Aku sememangnya da agak enjin aku akan buat hal..sb hari2 sebelum tu mmg enjin kete aku ni kadang2 susah nk start, xsangka pulak enjin xleh start langsung time nk g keje..hm

Bila sampai je ofis, aku trus la search google pasal masalah enjin xleh start ni. Biasala manusia, bila da kena batang hidung sendiri, baru la nk tahu menahu info2 kete ni..
Untuk pengetahuan, kereta aku ni VIVA. Pada siapa yg kerete mcm aku ni, mesti perasan kan kat tempat bateri tu, ade palang besi yg halang kita dari isi/refill air bateri kat salah satu lubang air bateri..hm mungkin tu juga kot salah satu sebab. tp aku ni malas plak nk pk bukak je palang besi tu masa nk refill kan?hmm...malas.. Inilah akibatnya.

Ok.kat bawah ni aku share sedikit info. 

Kalu kereta tak boleh start (CHECK NIE DULU...BASIC CHECK):
  1. Minyak berkelip-kelip (tu tandanya bateri weak) sebagai sampingan check je..
  2. PLUG
  3. INGAT !! Kalu wat services aircond pun wat kete tak bleh start;
  4. Bal enjin (kalu tak penah kacau tak yah ator)

Kalu semua tu xda masalah, lebih-lebih lagi kete baru..... satu je puncanya iaitu BATERI !!! 
Caranya mudah je. Time korang start dia akan bunyik tik ! tik ! tik !.
Sebelum bawak gi pergi BENGKEL or JUMPER....cuba dulu langkah2 nie. 
InsyaAllah akan membantu. Cepat, Jimat & Mudah:-
  1. Carik spanar yang size 10. Bukak palang besi kat bateri viva & terminal hitam dan merah pada bateri;
  2. Keluarkan bateri LAMA dari kereta VIVA korang;
  3. Ambik duit 20 sen; bukak tempat isi air beteri; * check level air  dalam tu..mesti ada yang dah kering..Tak sumer...salah satu kering kompom wat masalah..Kalu sumer kering lagi la...
  4.  Isi air bateri kat dalam bateri korang; jangan sesekali buang air bateri tu dan isi air baru..just tambah je..
  5. Langkah nie paling penting. * ambik/pinjam bateri KANCIL/ Viva kengkawan ke..jiran ke bubuh dalam kete VIVA korang. Nie langkah paling cepat untuk hidupkan kereta.; pastu START...kompom hidup !!! Alhamdulillah..Blum selosai lagi...
  6. Dah kete korang boleh dihidupkan keluarkan semula bateri yang korang pinjam tu; (jangan risau takkan short circuit or enjin mati..)
  7. Letak semula bateri VIVA yang asal di tempatnya...biarkan seketika untuk dicas semula (bagi la dalam masa 5 minit or korang bawak kete pusing2 jap)
  8. Dah tu...wat parking reverse tunggu hari esok plak..(kalu xsempat g tukar bateri pada hari tu) * parking reverse supaya senang nak jumper plak k...
Kalu tak boleh JUMPER jugak camner???

Ok...ada 2 cara kita boleh buat:-
  1. Ulang semula langkah 1 - 6 sahaja. Enjin dah dapat dihidupkan & korang gerak ke bengkel berdekatan untuk tukar bateri;
  2. Beli bateri baru & takyah bawak kete ke bengkel. Balik & pasangkannya. 

Segala info di atas aku share sumber dari Maximum Sound. Sama2 la kongsi ilmu ni yer. 
Maklum la, aku ni perempuan, xberapa minat nk tahu bab-bab kete ni..tahu bawa jer...
.
.
.
.
SHARING IS CARING

Sekian :-)




 

Friday, April 26, 2013

Kursus Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..hari ni aku dapat bangun dari tidur lagi dalam keadaan yang sihat 
dan dipenuhi dengan nikmat  dari Allah s.w.t..
Terima kasih Ya Allah..
Hari ni ari jumaat, jadi lunch hour pun panjang la kalau nk dibandingkan dgn hari2 keje biasa. Kesempatan ni aku nk coret sedikit la pasal kursus kawen. 
Memandangkan aku bekerja di shah alam, jadi aku kena la menghadiri kursus kawen tu di shah alam, walaupun kampung aku di johor. Bukannya ape, memudahkan urusan jer.

Kursus ni dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor..dengan bayaran RM80 setiap orang. 
Aku pergi bersama2 en tunang pada 20 and 21 April ari tu.. 
Seramai lebih 100++ peserta menghadiri kursus ini dan kebanyakkannya adalah pelajar UiTM.
Alhamdulillah selesai sudah kursus perkahwinan yang berlangsung sepanjang dua hari sabtu dan ahad..Terasa lega sikit hati ni bila dah selesai kursus, banyak info yang dapat sepanjang menghadiri kursus perkahwinan dan menambah kan lagi ilmu pengetahuan dalam melayari bahtera alam berumah tangga gitu cewah ! hehe

Buku & brosur yg aku dapat untuk kursus ni..

Antara perkara yg dibicarakan dalam slot ini :

Prosedur Perkahwinan
Pengurusan sumber keluarga, kewangan,dan masa
Pengurusan stress dan konflik
Ibadah ,Akhlak, Akidah
Perkhidmatan Kaunseling
Komunikasi suami isteri.
Hubungan dalam keluarga
Pembubaran Perkahwinan
Pengurusan kesihatan.

Bg aku sume slot / part tu penting. Lagi2 la slot pembubaran perkahwinan, walaupun pun sesi agak serius, tp ia penting. Ye la kan, kita dtg utk ke alam perkahwinan, tp diselitkan bab cerai talak takliq..mestila muka sume STRESS huhu.. kata2 yg dikeluarkan masa alam perkahwinan perlu dijaga, terutamanya bg si suami..

Slot kesihatan pun ade diselitkan pasal melahirkan anak. Wah..mmg ngeri sikit la slot ni. Dorg tunjuk process kelahiran..aduhh..siap tunjuk gunting, pisau bedah bagai..~Sila tutup mata anda bg yg xleh tgok yer huhu..

Hmm..slot yg paling kecoh plak komunikasi suami isteri dan hubungan keluarga. Entahlah..budak-budak lelaki yang duk belakang gelak kuat-kuat bila ada ustaz share ilmu..hehe ~ aku pun gelak jugak.aihhh! kadang tuh,ada jugak malu..hahaha! Xpela..masing2 dtg kursus ni pun nk menimba ilmu berumah tangga kan, ape salahnya berkongsi ilmu ngan ustaz ustzah yg ceramah tu..


Da dpt sijil :-)

 okeylah,itu sahaja yang dapat aku kongsikan buat masa ini.
sekian.=)







Thursday, April 25, 2013

Info Hari ini : [Ovarian Cyst Ketika Hamil ]


Sambil2 makan lunch hour td, officemate aku ade tnya pasal ovarian cyst ni. 
Dia kata, sorg kawan kami ade cyst ni kat rahim dia..
 Aku pun first time dgr pasal cyst ni.. mmg xpenah tahu menahu sebelum ni.. 
Aku xpasti sama ada cyst ni ketumbuhan / kanser pada rahim. Sbb ade sumber kata berbentuk cecair.
Ovarian cyst yg kecil (kurang 5cm) dianggap tidak merbahaya, 
tp jika cyst yg besar melebihi 5cm dianggap merbahaya . 
Jika cyst ini pecah/berdarah/berpintal ia akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius masa hamil.. Selain xselesa pada abdomen, ovarian cyst yg besar akan memberi tekanan fizikal pada pundi kencing dan rahim, seterusnya menyebabkan kelahiran pramatang atau keguguran.

Hmm..macam2 lg la risiko cyst ni..
So berhati-hatila para wanita di luar sana. 
Sila lakukan pemeriksaan dan mendapatkan khidmat pakar.

Wednesday, April 17, 2013

DIY : Hiasan Bilik Pengantin - [CHECKLIST] - [PART 1]

Hari ni nak update ckit checklist hiasan bilik pengantin. Rasa macam rajin plak nk hias bilik sendiri. So everything kena la pk dari awal..
  1. Warna Tema - Oren + Cream , tp abah da cat bilik color putih. So OK la tu.  --DONE!!
  2. Perabot (Katil+Dressing Table) - Guna semula yg akak punya- save budget :-) Lgpun, xstay kat kampung, so xperlu membazir..balik kampung pun sebulan sekali jerk..  --DONE!!
  3. Cadar -- DONE!!
  4. Langsir -- rasanya macam nk beli yg da siap jerk. --SURVEY!!
  5. Backdrop / Tirai -- SURVEY!!
  6. Hiasan Backdrop -- NOT DONE
  7. Hiasan Bunga -- NOT DONE

Monday, April 15, 2013

Ideas : Hiasan Bilik Pengantin

http://butikfeeza.blogspot.com/p/koleksi-hiasan-bilik.html
http://butikfeeza.blogspot.com/p/koleksi-hiasan-bilik.html

http://butikfeeza.blogspot.com/p/koleksi-hiasan-bilik.html
http://menjaringimpian.blogspot.com/2012/11/review-diy-bilik-pengantin.html
http://lovefida.blogspot.com/2012/08/diy-hiasan-bilik-pengantin.html

Friday, April 5, 2013

DIY - Bunga Corsage / Rozek / Penanggah - [CHECKLIST] - [DONE]

Akhirnya 2nd last deco yg aku kena wat untuk bunga corsage aku adalah tampal bunga reben kecik..hmm klo xnak letak pun xpe, tp masa g kedai DIY ritu, rasa macam murah plak bunga kecik2 ni...100pcs = RM5. Tersangat la murah kan hehe.. Bentuk bunga reben kecik2 tu mcm kat bawah ni 



Mula2 ingat nk letak mcm kat gambar bawah ni, tp budget lari byk la pulak. 
10pcs bunga triple color bawah ni = RM3.80. klo untuk 100pcs = RM38. 
Byk gak budget lari klo nk ikutkan aku yg jenis  berkira bab2 duit ni hehe.. 
[Al maklum la, duit susah nk cari skrg, gaji pun seciput je balance lepas bayar sewa umah n duit kete, makan minum bagai...]..Aduhh..



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah result akhir sebelum letak duit kat bunga rozek ni





Amacam..ok x?hehe.. Bole la kan..nak pakai sekali je masa majlis..
 Total kos 1 pcs = RM0.49. Murah x??? tp aku dapat wat 127 bunga rozek.. lebih ckit, kot2 la saudara2 aku yg gediks nk pakai jugak haha..



sekian




Friday, March 22, 2013

Ideas : Doorgift - Jar Glass

Salam..

Sesiapa yang ingin design sendiri jar glass and  tidak tahu kat mana nk mendapatkan jar glass ni, bole dapatkan di Quality Pack Puchong - http://www.qp.com.my/.  Hari tu ade email kat kedai ni, n dorg reply kata harga depends on kuantiti. Kalau beli banyak2, dapat la harga murah.. Saya nak beli dalam 200pcs jer, so dia bole bagi 1 pcs = RM0.68sen :-) murah kan..

Masa survey kat kedai DIY , seksyen 19 shah alam, klo beli 200pcs, bole dapat 1pcs =  RM1..

Dekat GM Klang pun ade jual jugak. tp kena pandai cari la. Klo xsilap kat 3rd floor. Ade kedai yg jual mahal and ade yg murah.. Murah bole dapat 1 pcs = 0.68sen. tp yg ni xkira kuantiti. beli ckit or banyak pun still harga sama..hm

So..pilih la kat mana nk cari :-)





http://our-wedding-journal.blogspot.com/2012/01/review-doorgift-botol-jar.html

http://lurvering.blogspot.com


http://lurvering.blogspot.com/search/label/glass%20jar

http://giftandcraft4u.blogspot.com/2012/04/door-gift-candy-jar.html

Saturday, March 2, 2013

DIY - BROWN PAPER / PAPERBAG DOORGIFT - [CHECKLIST] - [PART 5]

Sambil2 menonton TV ni, harusla di rajinkan diri untuk menyiapkan paperbag doorgift aku tu..
Ok..langkah seterusnya adalah menampal doily paper+reben bersama2 ngan brown paper bag. 
Pada mulanya aku ingat nk stepler je trus masa letak2 makanan dalam paperbag tu, tp memandangkan doily paper ni agak mudah terkoyak[nipis], so aku kena la pk cara terbaik..iaitu dgn gam je terus doily paper pada paperbag..
Semua keje2 ni aku kena la wat sorg2, memandangkan duduk jauh dari keluarga.. Maklumla keje di Shah Alam, tp family di Johor.. Kena la ansur2 buat semua persiapan kawen ni.. Tak menang tangan kalau nk buat last minute..hoho

Ok..kat bawah ni result brown paper bag doorgift aku..


 



Ini adalah second final result aku.. Untuk next step/ final step, aku order TQ taq bersize business card untuk aku tampal kat paperbag ni.. Mula2 nk letak sticker TQ taq, tp mcm mahal plak rasa.. 
So..nantikan final result paperbag aku yer....

Sekian







Thursday, February 28, 2013

DIY - BROWN PAPER / PAPERBAG DOORGIFT - [CHECKLIST] - [PART 4]


Ok..kita sambung entry pasal paperbag ni. Lepas da siap wat reben byk2 tu.. 
Oleh sbb aku nk buat mcm first contoh ni, jadi aku kena la lipat dulu DOILY PAPER mcm gambar kat bawah ni :


Lepas da siap lipat doily paper, aku tampal la satu-satu reben kat setiap doily paper. Mula2 aku guna gam tampal, tp mudah tercabut. nden, aku cuba plak stepler, hm...nampak xkemas plak. So..lastly aku guna la glue stick gam...

 
 

.
.
.
.
.
.
.
.

Banyakan bersabar untuk menyiapkan beratus2 doily paper tu ye..
Chaiyok2...hehe







Friday, February 22, 2013

DIY - BROWN PAPER / PAPERBAG DOORGIFT - [CHECKLIST] - [PART 3]

Untuk deco paperbag ni..aku guna reben. 
so permulaan utk perjuangan  ni adalah membuat 800pcs reben.. 
Mula2 nk buat reben ni agak kekok jugak la, sb nk sama kan bentuknya.. 
Lama-lama tu baru la mahir and cepat ckit la nk buatnye.. 
So..kat bawah ni reben2 yg aku wat dari ckit sampai la beratus2 tu...

.
.
.
.
.
.
.
.