...

...

Raya Terakhir Bersama Mak : ~Al fatihah buat mak yang jauh di sana~

Raya Terakhir Bersama Mak : ~Al fatihah buat mak yang jauh di sana~

Friday, April 26, 2013

Kursus Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..hari ni aku dapat bangun dari tidur lagi dalam keadaan yang sihat 
dan dipenuhi dengan nikmat  dari Allah s.w.t..
Terima kasih Ya Allah..
Hari ni ari jumaat, jadi lunch hour pun panjang la kalau nk dibandingkan dgn hari2 keje biasa. Kesempatan ni aku nk coret sedikit la pasal kursus kawen. 
Memandangkan aku bekerja di shah alam, jadi aku kena la menghadiri kursus kawen tu di shah alam, walaupun kampung aku di johor. Bukannya ape, memudahkan urusan jer.

Kursus ni dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor..dengan bayaran RM80 setiap orang. 
Aku pergi bersama2 en tunang pada 20 and 21 April ari tu.. 
Seramai lebih 100++ peserta menghadiri kursus ini dan kebanyakkannya adalah pelajar UiTM.
Alhamdulillah selesai sudah kursus perkahwinan yang berlangsung sepanjang dua hari sabtu dan ahad..Terasa lega sikit hati ni bila dah selesai kursus, banyak info yang dapat sepanjang menghadiri kursus perkahwinan dan menambah kan lagi ilmu pengetahuan dalam melayari bahtera alam berumah tangga gitu cewah ! hehe

Buku & brosur yg aku dapat untuk kursus ni..

Antara perkara yg dibicarakan dalam slot ini :

Prosedur Perkahwinan
Pengurusan sumber keluarga, kewangan,dan masa
Pengurusan stress dan konflik
Ibadah ,Akhlak, Akidah
Perkhidmatan Kaunseling
Komunikasi suami isteri.
Hubungan dalam keluarga
Pembubaran Perkahwinan
Pengurusan kesihatan.

Bg aku sume slot / part tu penting. Lagi2 la slot pembubaran perkahwinan, walaupun pun sesi agak serius, tp ia penting. Ye la kan, kita dtg utk ke alam perkahwinan, tp diselitkan bab cerai talak takliq..mestila muka sume STRESS huhu.. kata2 yg dikeluarkan masa alam perkahwinan perlu dijaga, terutamanya bg si suami..

Slot kesihatan pun ade diselitkan pasal melahirkan anak. Wah..mmg ngeri sikit la slot ni. Dorg tunjuk process kelahiran..aduhh..siap tunjuk gunting, pisau bedah bagai..~Sila tutup mata anda bg yg xleh tgok yer huhu..

Hmm..slot yg paling kecoh plak komunikasi suami isteri dan hubungan keluarga. Entahlah..budak-budak lelaki yang duk belakang gelak kuat-kuat bila ada ustaz share ilmu..hehe ~ aku pun gelak jugak.aihhh! kadang tuh,ada jugak malu..hahaha! Xpela..masing2 dtg kursus ni pun nk menimba ilmu berumah tangga kan, ape salahnya berkongsi ilmu ngan ustaz ustzah yg ceramah tu..


Da dpt sijil :-)

 okeylah,itu sahaja yang dapat aku kongsikan buat masa ini.
sekian.=)







No comments:

Post a Comment