Salam...berjumpe kembali :-)
Sambil2
menghadap internet ni, aku amik kesempatan search la pasal persediaan
nikah.. So, kat sini aku update la serba sedikit info yang aku dapat
dari beberapa blog and kawan2 aku. Di bawah ni checklist borang-borang
penting untuk
permohonan nikah.
NOTE : BAKAL PENGANTIN LELAKI DAN PEREMPUAN NEGERI YANG
BERLAINAN
Lelaki (MELAKA)
Borang permohonan nikah (dapatkan di pejabat agama Melaka)- disertakan bersama borang nikah ni nanti, adalah senarai borang / salinan yang perlu dibawa bersama semasa penyerarahan borang permohonan nikah. Sila rujuk negeri masing-masing. Antara item yang perlu disertakan :-
- Kad pengenalan (salinan) - biasanya dibesarkan 150% pembesaran semasa fotostat.– DONE
- Sijil kursus kahwin (asal & salinan) – DONE
- Keputusan HIV (asal & salinan) – DONE
- Surat akuan bujang (asal & salinan) – DONE
Hantar semua borang
asal/salinan ke pejabat agama Melaka untuk mendapatkan
SIJIL KEBENARAN NIKAH LUAR KAWASAN ( yg ni untuk bakal isteri berlainan negeri ye)
– DONE
SIJIL KEBENARAN NIKAH LUAR KAWASAN ( yg ni untuk bakal isteri berlainan negeri ye)
– DONE
Perempuan (JOHOR)
- Surat kebenaran nikah dari lelaki – DONE
- Borang permohonan nikah ( ambil dari pejabat agama SETELAH dapat surat kebenaran nikah dari pihak lelaki) – DONE
- Kad pengenalan (asal & salinan) – DONE
- Sijil kursus kahwin (asal & salinan) – DONE
- Keputusan HIV (asal) – DONE
- Surat akuan bujang (asal & salinan) – (Jumpe ketua kampung/majikan) – DONE
- Kad pengenalan wali (salinan) – DONE
- Kad pengenalan 2 orang saksi (salinan)
- Bagi anak sulung perempuan, sertakan sijil nikah ibubapa. – DONE
Hantar semua borang
asal/salinan ke pejabat agama untuk mendapatkan
SURAT KEBENARAN NIKAH